Pengurusan Sisa | Terengganu bekerjasama dengan Alam Flora

2022-07-08 0

Kerajaan negeri Terengganu sedang mempertimbangkan untuk menggunakan khidmat dan bekerjasama dengan Alam Flora Sdn Bhd bagi pengurusan sampah di negeri itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr Alias Razak, pihak berkenaan juga akan menjalankan tanggungjawab sosial korporat, CSR, bagi membantu pengurusan sampah sepanjang tempoh perayaan Aidiladha nanti.